Perjumpaan KRT dan Jabatan Perpaduan @ Jabatan Perpaduan Negeri Perlis
23 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2024, telah berlangsung Perjumpaan KRT dan Jabatan Perpaduan @ Jabatan Perpaduan Negeri Perlis. Program ini berlangsung di NADI Tambun Tulang. pada 5.30 pagi sehingga 7.30 petang. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Jabatan Perpaduan Negeri Perlis. Program ini diadakan untuk berkongsi amanat dan hala tuju baharu Kawasan Rukun Tetangga (KRT) selaras dengan hasrat Kementerian untuk Memperkasa KRT sebagai penggerak masyarakat progresif.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: